Wednesday, October 27, 2010

MAK WAWASAN 2020!!!





Ok anak-anak mak semua..
Hari ini mak nak ajar cara untuk memajukan diri ok..
Dah ready semua dengan iphone96 di tangan masing-masing,sila rakam!!






1.Mulai saat dan ketika ini,semua kena panggil mak,Nabelle je ok..
Malulah mak..Opss..salah..


Malulah Nabelle korang panggil mak..
Kita follow mat salih baru maju bebeh!!!






2.Next,mulai Raya depan,kita akan start pakai busana muslimah ok..
Bukan baju kurung dari jalan TAR masa zaman Nabelle dulu-dulu..


Kita akan up-to-datekan diri masing-masing dengan Islamic Fashion Festival yang ke-49 yang akan datang,di Tingkat 99 Menara Warisan Merdeka..


Sila letak dalam kalendar masing-masing ya anak-anak..
We'll go together-gether!!!Ho0rayyy!!








3.This one i like..
Minggu depan,kita akan sambut birthday Nabelle di kelab malam yang kat hujung lorong kita ni je..
Apa nama dia tadi,Islamic Night Clubkan??
Haa,yang tu lah..


Ape kelas KFC lagi..Nabelle taknak!!Malulah dengan kawan-kawan Nabelle..


Hubby,take note ye!!






4.Memandangkan bulan Ramadhan akan tiba tak lama lagi,Nabelle malaslah nak masak..
So,kita akan berbuka di Islamic Night Club everyday..


Ada Pakej Buffet Berbuka Ramadhan..
Kawan Nabelle yang nama Aunty Rosmary cakap,semua ditanggung halal..
So,don't worry^_^






5.Semua anak-anak Nabelle akan main golf lepas kelas ye..
No more tuition class sebab anak-anak rival Nabelle semua reti main golf ok..


Say Thanks to our beloved Papa Jib sebab bola golf takda cukai,jimat sikit duit Nabelle nak beli pewarna rambut import sebab nak tukar colour rambutlah>.<


Eh,pewarna rambut pun dah takda cukai..


OMG!!I love Malaysia!!!!^_^






Ok,itu saja Nabelle nak sampaikan hari ni..
Opss..
Nabelle ada meeting dengan kawan-kawan di Islamic Night Clublah..


By the way,jangan balik lewat tau..
Pukul 1pagi semua kena balik dah..
All right anak-anak Nabelle^_^/???








Aku bukan seorang ahli ekonomi yang tahu selok-belok perancangan ekonomi negara..
Bukan juga bijak pandai di meja menteri yang berdebat demi kemajuan bersama..


Tapi aku seorang bakal ibu yang risaukan masa depan anak-anak dan cucu cicit keturunanku..















Sunday, October 24, 2010

CUPPYCAKES BERDARAH!!




Alhamdulillah..
Semalam aku siap mengebake and mendecorate cuppycakes untuk akak aku buat promotion kat students dia dekat Unimas..
Ni ada sikit gambar buat tatapan..














Ok,itu berita gembira..



Yang tak menggembirakan hati aku adalah..
Time basuh pinggan mangkuk dan segala peralatan membuat cuppycakes tu..
Aku terhiris jari dengan P.I.S.A.U!!



Buat pengetahuan semua..
Aku ada HAEMOPHOBIA dan TRAUMATOPHOBIA
Fear of blood dan injury..



Aku nak pengsan sangat-sangat dah di saat cemas itu..
Tapi semua orang tengah tidur sebab dah pukul 3 pagi..
So aku batalkan niat..
Sebab takda orang nak layan aku pengsan..



Aku buat-buat cool sambil menari samba carik tisu..
Luka tu dalam we,darah tak henti-henti keluar..



Aku nak post kat facebook macamni..
I accidentally cut my finger..Darah tak leh berenti we..Please somebody give me tips nak stopkan darah ni!!
Urgent!!



Tapi fikir balik,aku tunggu orang reply,entah-entah darah aku dah kering kontang semua..
Plan cancelled!



So aku pun dapat idea dari manetah,ambik ice cubes,letak kat luka tu..
Sambil meneruskan tarian dan tangisan syahdu seorang chef amatur yang cedera parah..
Ok,darah slow down flowing..



Masalahnya,bila aku remove ais,darah mengalir macam paip pulak dah!!



So,hanya ada 1 jalan penyelesaian terakhir yang aku terpaksa ambik risiko antara hidup atau mati!
Aku NEKAD!!



Aku masuk bilik,buat-buat tidur sampai.....

*

*

*

*

*


Selamat pagi dan Salam 1Malaysia semua!!^_^/




p/s:Sesiapa yang berminat nak buat tempahan cuppycakes,kek carrot,kek cheese,kekwa takda,kek kawen 10 tingkatke,kek apa-apalah,and decorated cookies jugak..




Boleh check blog di bawah ya=)






..Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka di antara kamu..
-SURAH AN-NISA’,AYAT 29

Friday, October 22, 2010

TIPS UNTUK JADI LELAKI COOL AND CHARMING,DI FACEBOOK AT LEAST!!

Post ini khas buat lelaki-lelaki di luar sana.
Jangan buat benda di bawah kat facebook kalau korang nak jadi lelaki cool yang charming dan menjadi kegilaan wanita.







1.Jangan mulakan chat di facebook dengan:


'Pheewitttttt!!Nak kenal boleh??'


'Hai awak,comellah awak ni,kenal boleh??'


'Lawa taik lalat kat bibir,mintak nombor boleh?'


Kalau setakat budak sekolah rendah dan menengah,diorang akan layan kau.


Kalau awek matang,ayat di atas buat kitorang terus carik wall kau dan remove dari friendlist.


Geli bangang!!






2.Jangan ambil gambar cara perempuan.Lagi naya kalau kau jadikan itu profile pic kau.


Mungkin kau dah biasa tengok perempuan ambil gambar sorang-sorang jarak kurang 10cm,yang nampak tangan sendiri tengah snap sambil buat muka manja,sengetkan sedikit kepala,leperkan bibir supaya nampak nipis ala-ala minah Jepun.


Perempuan mungkin nampak comel.
Kalau lelaki,cepat-cepatla matang.Aku pun dah tak buat kot!






3.Jangan jugak letak profile pic kau tak berbaju just nak rasa sexy dengan ketulan badan kau.


Aku tak tahu kenapa,tapi aku rasa itu cukup gay.






4.i went for walk then a bunch of cute highschool amoi...spoke chinese to me...i ain't understand it n said to them i'm malay...then they laughed....they said that my face is more to chinese and very cute....then i just smiled and NAILED THEM!!!!!HAHAHAHAHAHAHA


Beluwekkk!!


Tolong jangan puji diri publicly,nak muntahlah bang oi!!Lagi-lagi kalau muka kau tulen-tulen Melayu,siap ada cop Sirim lagi.


Lagi parah kalau muka macam tauhu sumbat.


Tahulah sekarang budak-budak minat Korea,tapi itu bukan alasan untuk kau puji diri.Maaf!






5....first week makes me realize i'm awesome and awesome day by day no matter how hard i try to stop myself from awesoming....



..a cute petite girl walked front of me and she looked upon me then smiled so sweet that if i'm not awesome i must be melted by her smile...then...i was wondering....hehehehe....am i too awesome until i manage to make everyone feel my awesomerity....hahahahaha....world is insane!!!..




Bang,lupa makan ubatke??


Ini real!!Jangan buat status facebook macam di atas.Exception kalau kawan kau prank facebook kau.Hahaha.Itu lawak!


Nak tahu prank ke tak,kalau setiap hari status kau sama,just struktur ayat tukar,sah lagi bersuluh kau Mat Perasan.






6.Nama di facebook gives first impression kau jenis lelaki camana.


Kalau dah nama kau 'Matzzzz Rempitzzzz Punkxxx Roxx Bebeyhhh Foreverzzzzzzzzzzzzzz' ,jangan cakap aku sombong kalau tak approve friend request.


Seram syial!!


ini memang undeniably cool ok^_^






Perangai anda hensem,sure semua nampak hensem.Cayalah^_^v!!! 











Tuesday, October 19, 2010

BERJUTA KESALAHAN,BERLAPIS KESOMBONGAN=(








IRHAMNA-OPICK



Tinggi menggunung dosa-dosa kami
Bertambah tinggi semakin hari

Berjuta kesalahan
Berlapis kesombongan
Selalu saja datang menghampiri

Langkah yang rapuh
Jiwa yang lemah
Segala salah adalah milik kita

Segala puji hanya bagi-Mu
Lautan ampunan kasih sayang-Mu

Engkau yang Pemurah
Engkau yang Pemaaf
Hanya pada-Mu hati ini berharap

Irhamna Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kasihanilah kami
Ampunilah kami
Selamatkanlah kami

Langkah yang rapuh
Jiwa yang lemah
Segala salah adalah milik kita

Irhamna Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim




Dan mereka mengingkarinya kerana kezaliman dan kesombongan,padahal hati mereka meyakini (kebenaran)nya.Maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang berbuat kerosakan-SURAH AN-NAML,AYAT 14





Monday, October 11, 2010

AKU NAK JADI ANAK DARA SEJATI!!

Aku tak reti masak nasik..
Ya,betol,nasik putih yang kita tiap hari makan tu..






So,aku dengan ini,mempunyai azam baru yang sungguh murni,semurni minyak masak seri murni..






AKU NAK BELAJAR MASAK! 






Dah 2 kali aku try resipi baru kat my resipi ni..
Buat kawan-kawan yang kat 'laut melampau',kalau dah tak tahu sangat nak masak apa,silalah browse website tu ya..






Serius resipi dia simple and senang..
Sedap tu depends dengan cooknyalah ya..






Kenapa aku cakap macam tu??








Sebab..


*


*







1ST TRIAL:CARAMEL YANG TAK BERAPA NAK HANGUS GULANYA.


gambar sekadar hiasan ya..baru nampak gempak sikit..haha>.<






Komen Chef Dayang Rohani merangkap mak aku..




Mak:Yarabi,tak boleh telan ni,manis sangat.


Aku: Mak tipuuuuu,sedap kot!!! 


Mak:Ar,yeye..sedaplah..


Aku:sobsob =')..
Mekaseh mak..






2ND TRIAL:CHEESY FRIED MACARONI






gambar pinjam dari encik google jugak>.<






Komen Chef Shanti Faridah merangkap akak aku.




Aku:Kak,cuba rasa jap..


Macam ada yang kuranglah..


Apa eh??


Garamke??


Ajinomoto??


Mungkin kurang kasih sayang??




Akak aku:Kurang sedap!




Aku:=.='


*


*


*


Aku baru 2 kali kot try masak sendiri..
Rileks ar bakal suami..
Jangan back off dulu ya=')


Gua akan berusaha lebih kuat!!
Hiarggghhhh!!!








Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu 
memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh 
kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."





















Friday, October 8, 2010

BUAT PENGGILA KUCING MACAM AKU!!

bukan,bukan saya yang curik ikan tu boss..*mati kalau kantoi ni=.=
i loveeee uuu!!dengar tak bedah??

i'm a zombieee cat..huwarghhh!!


mendelah dorang ni bising-bising.org na tido pun dokley.kan mimi mucuk-mucuk??

elo-elo..anybody home??alaa,dok nampak ni..anybody???

bagi balek botol cucu saya=(..xnakla amek gambar time ni..na cuculaa=(

tak kira,keluarkan seman dari sini sekarang..geget kotak ni sampai habes kang..


billy:camat ari raya,maaf zahir batin ye jojo..jojo:i pun sama billy..
kuceng-kuceng ni,ngarut je keje..ops,org amek gambar,pura-pura tido=.='


COMEL TAKKKK??????????:O


SERIUS AKU KUCING MANIAC!!=')



Tapi mak aku asma,aku tak boleh bela kucing dah='(
Dulu je pernah..



Dulu kecik-kecik,aku taknak kawen,sebab aku nak bela kucing je..
Murni doh hati time tu..


Bila dah kenal dunia..


Aku:Makkk!!Nak kawen!!!!Esok jugak!!ho!!ho!!ho!!

Mak:ho!!ho!!ho!!Hotak ko!!

Aku: =(



****



Pesanan buat bakal suami:



Saya nak bela kucing!Noktah.titik.sabdu.






Diriwayatkan dari Abu Qatadah RA, yang mendengar Rasulullah SAW bersabda tentang kucing, ”Ia tidak najis. Ia binatang yang sering keliling di antara kalian.” Hadis ini diriwayatkan oleh Malik, Ahmad dan imam hadis lain.