Sunday, November 21, 2010

GUNUNG STOPS THE BUMI FROM CHICKEN DANCING!!



Kenapa Gunung-ganang diciptakan??




A.Untuk mencantikkan bumi supaya nampaklah art sikit di situ
B.Untuk buat rumah atas tempat tinggi supaya dapat view yang pergh bila bangun tidur
C.Untuk aktiviti lasak seperti mountain bike,mountain hike,jerit nama pakwe dari atas gunung bila rasa macam rindu giler dan etc.
D.Sekadar hiasan semata-mata,tiada kena-mengena dengan makhluk yang hidup mahupun yang mati




TETTTTT!!!!
Semua salahXD




Ni jawapan dia..
Profesor Siaveda iaitu seorang ahli geologi marin dari Jepun telah menemui fungsi gunung sebagai pasak(iaitu pengukuh) kepada Bumi..




Beliau berkata:
Gunung-gunung tercacak demikian kuat di bumi, mereka menembus jauh ke dalam bumi dan mempunyai akar(seperti pasak). Baik pergunungan darat dan laut sama-sama memiliki akar untuk menyokong mereka..




Ok,kita akan explain menggunakan istilah LEMPENG..
Macam sedap je bunyikan??
Tapi bukan lempeng dalam gambar bang ye..
hahaha..







Kita akan bercakap pasal lempeng Bumi..



LEMPENG BUMI=LAPISAN BUMI YANG BERGERAK-GERAK DI ATAS LAPISAN MANTEL YANG BERBENTUK CAIRAN KENTAL


Mari dekat-dekat,nenek nak cerita ni ye cu *tonyoh sirih dekat gigi


Al-kisahnya,bumi kita ni ada 3 main structures:



1-Inti Bumi paling dalam yang padat terdiri daripada logam(5500 darjah celsius
2-Lapisan mantel yang berbentuk cairan kental(3000-3500 darjah celsius)
3-Kerak Bumi yang padat pada lapisan paling luar-LEMPENG




Lempeng ni sentiasa bergerak-gerak atas cairan mantel sebab:




Suhu yang sangat tinggi pada bahagian dalam Bumi..




ANALOGI dia macamni:
Bayangkan kau tengah masak air dekat dapur,lepas tu kau letak gabus dalam air yang tengah mendidih..




Haaa..macam tu jugaklah yang terjadi pada lempeng bumi,ia akan bergerak-gerak seperti hilang arah tuju dan pedoman hidup(over)..




So,untuk mengukuhkannya,Bumi memerlukan Gunung sebagai pasak..




Pasak dalam konteks ini bermaksud, apabila ada gunung yang menganjur ke atas, maka bentuk yang sama juga berlaku di bawah permukaan bumi(malahan lebih besar dari yang berada di permukaan).
Hasilnya, ini akan dapat menguatkan lagi kedudukan gunung itu sendiri,sekaligus mengukuhkan kedudukan LEMPENG..




Yang ini iceberg,aku suka gambar ni.So korang imaginelah ni gunung eh sebab lebih kurang macamnilah.






Sepertimana Allah berfirman dalam Al-Quran 1400 tahun lepas:




Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kukuh supaya bumi itu (tidak) goncang bersama mereka..
SURAH AL-ANBIYA',AYAT 31



Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan, 
dan gunung-gunung sebagai pasak?
SURAH AN-NABA',AYAT 6-7


Bayangkan tak ada gunung,takke pening kepala kita Bumi asyik chicken dance 24 jam..

LOGIK:)???


Saturday, November 20, 2010

SUNGAI DALAM LAUT??

Rasanya ramai yang tahu air sungai dan laut takkan bercampurkan?




Oh,agak formal soalan itu ya..
Memang dorang takkan bercampur..
Kita tahu sebab bukti gambar macamni,di PERMUKAAN..


yang bahasa arab kat atas tu aku tak tahu apekebenda sebab aku dah google kamus arab tapi tak reti guna do=.=




Tapi apa kata kita tengok apa ada kat dalam laut pulak..
Ready semua??
Tarik nafas dalam-dalam sebab dalam kita nak dive ni..
Blupblupblup(bernafas dalam air)













Mungkin gambar ni belum menceritakan semuanya..
Meh aku cerita..




Ceritanya macam ni..




Ada seorang expert scuba oceanografer bernama Mr. Jacques Yves Costeau dari Perancis ni,dia dive boleh cakap entire lifelah..
Dan dia jugak banyak buat documentary film pasal ocean ni..




Satu hari,dia tengah dive dekat Cenote Angelita, Mexico.
Tiba-tiba dia terjumpa fresh water yang terpisah daripada air laut macam ada filter yang memisahkan dorang pada kedalaman 30 meter..




Dia pun dive lagi sampai kedalaman 60 meter,air bertukar masin balik dan di situlah dia jumpa sungai dalam laut yang siap ada pokok-pokok berdaun lagi..
Bukan rumpai laut ok,rujuk gambar di atas..




Dia ingat dia tengah berhalusinasi..
Tapi dia tetap berikhtiar jugak untuk mencari jawapan lepas tu..


Sehinggalah satu hari dia berjumpa dengan seorang professor muslim dan prof tu pun membacakan ayat-ayat Al-Quran berkaitan fenomena sungai dalam laut tu tadi..




Dia membiarkan dua laut mengalir yang (kemudian) keduanya bertemu,
Di antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing
SURAH AR-RAHMAN,AYAT 19-20




Ayat ni selalunya orang merujuk kepada Terusan Suez dan Terusan Panama.
Atau di muara sungai..




Namun sambungan SURAH AR-RAHMAN,AYAT 22 pulak menyebut:




Dari keduanya keluar mutiara dan marjan




Tapi,dekat muara sungai,manada mutiara kan:)??
*marjan tu apa eh?anybody?




So??
SUBHANALLAH:)




Dan Alhamdulillah,Mr. Jacques Yves Costeau telah mengucap dua kalimah syahadah setelah melihat kebenaran Al-Quran:)




Nilah wajah hensem saudara baru kita:)




Ops salah,yang ni bukan ye>.<

Haa,nilah dia Mr Costeau tu:)..Ololo,comelnya dia gelak>.<



COOLKAN:O???


Bergossip pasal manusia hanya akan menjauhkan diri dari Allah..
Bergossiplah tentang alam,InsyaAllah kita akan mendekatkan diri denganNya:)

10 GEOLOGICAL WONDERS IN THE WORLD PART 2

SAMBUNGAN..


6.BLUE LAKE CAVE



The world famous “Gruta do Lago Azul” (Blue Lake Cave) ni terletak di Bonito,Mato Grosso do Sul region,Brazil..

Ia adalah monumen semulajadi yang terbentuk daripada stalactites, stalagmites dan blue lake yang awesome giler..

Seronoknya berenang dalam ni we kalau boleh=')


Keluar-keluar,jadi blues clues nyah >.<



7.GIANTS CAUSEWAY(TAMBAK BESAR)



Yang ni pulak terletak di  timur laut of Northern Ireland..
An area of about 40,000 interlocking basalt columns(basalt adalah sejenis batu dari gunung berapi)

the Giants Causeway ni terhasil daripada ancient volcanic eruption..

Kebanyakan column dia hexagonal,tapi ada jugak yang mempunyai  4,5,7 dan 8 sides..

Pada tahun 2005,undian dari Radio Times readers, tambak ni telah dinobatkan sebagai the fourth greatest natural wonder in the United Kingdom!!



8.HELL GATE



Dipanggil The Door to Hell oleh penduduk tempatan.
benda ni terletak di pekan kecil of Darvaz,Turkmenistan..

Ceritanya,bila geologist tengah drill carik gas 35 tahun lepas,dorang terjumpa ruang besar giler ni.
Takda orang berani turun bawah sebab cavern ni penuh dengan gas..

So dorang ignite benda ni supaya takda poisonous gas akan keluar dari lubang ni.
Masalahnya,semenjak tu,lubang ni sentiasa burning dan membazirlah berapa juta or billion tonnes of excellent gas dah,macam infinity je=.=


Sedap jugak BBQ kat sinikan,jimat duit..hahahaXD



9.WAVE ROCK



The Wave Rock ni natural rock formation di western Australia.
Nama dia ni dibagi sebab rupa dia macam breaking ocean wave yang bapak tinggi..

Tinggi dia kira-kira 15 meters dan sepanjang 110 meters..

Halfway up the rock ni,Public Works Department telah membina retaining wall pada tahun 1951 untuk mengumpul air hujan dalam empangan..



10.CHOCOLATE HILLS



Terletak di Bohol,Filipina.
Ada around 1,268 perfectly cone-shaped hills yang hampir sama saiz dalam area 50 km persegi..

Macam-macam hipotesis kewujudan benda ni
Antaranya:

-Breakdown of batu kapur

-Sub-oceanic volcanism 

-the uplift of the seafloor

-ancient active volcano self-destructed(gunung berapi tu memuntahkan blok-blok batu yang besar ni,dan kemudian ditutup oleh batu kapur dan tolakan dari ocean bed)




Dan engkau akan melihat gunung-gunung,yang engkau sangka ia tetap di tempatnya, padahal ia berjalan seperti jalannya awan. (Itulah) ciptaan Allah yang mencipta dengan sempurna tiap-tiap sesuatu,sesungguhnya Allah Maha Teliti apa yang kamu kerjakan
SURAH AN-NAML,AYAT 88

10 GEOLOGICAL WONDERS IN THE WORLD PART 1



Post before ni,aku tulis pasal cita-cita budak tadika..
Kos aku sekarang,langsung aku tak terfikir nak ambik,tak pernah sekalipun..
Sebabnya aku baru dengar bendalah tu waktu nak apply lepas SPM=.=






Takke tergezut mak kalau kau tetiba tulis cita-cita kau GEOLOGIST masa darjah 6..
Fuh,apekebenda tu jang hoy O_o??






Tapi aku percaya,sehebat mana pun plan kita,plan Allah la yang Maha Sempurna..






Ok,memandangkan aku bajet-bajet buat research pasal geology padahal aku terserempak artikel ni,meh aku kongsi sikit:




10 GEOLOGICAL WONDERS IN THE WORLD!!




1.THE WAVE






Antara Arizona dan Utah,US.
Bentuk ombak yang macam tipu ni terbentuk daripada bukit pasir yang berusia 190 juta tahun yang slowly bertukar jadi batu..


Kalau nak pergi tempat ni,hanya boleh jalan kaki ok,sepanjang 3 batu..






2.ANTELOPE CANYON(LEMBAH KIJANG)






Arizona USA.
Ni adalah tempat ambik gambar paling popular dekat sana.
Ada 2 bahagian:


-Upper,known as THE CRACK
-Lower,known as THE CORKSCREW






3.GREAT BLUE HOLE






Part of the Lighthouse Reef System.
The Great Blue Hole ni kira-kira 60 batu dari Belize City.
0.4 km across..


Salah satu daripada most astounding dive sites on earth!!
Dalam hole ni,airnya sedalam 480 kaki (145 m),dan kedalaman tulah yang bagi warna biru cantek giler tu..


OMG,nak dive kat situlah=')






4.CRYSTALS CAVE OF THE GIANTS






FUYOOO!!=O


Mula-mula tengok,aku ingatkan gambar ni kena zoom in do.
Rupa-rupanya batu kristal ni memang besar bapak yang orang tu nampak macam semut tengah berjalan je..


Ni terletak di dalam sebuah lombong dekat southern Chihuahua Mexico.
Kristal-kristal ni terhasil dalam gua semulajadi,dekat dasar,bedrock..


Warna dorang cantek sangat. Ada yang lutcahaya emas,lutcahaya silver dan dalam pelbagai bentuk wo..


Cantek giler kan??







5.EYE OF THE SAHARA






Oh,yang ni terletak di Mauritania,dekat  barat daya of Gurun Sahara.
Bendalah ni sangat besar dengan diameter of 30 batu yang menyebabkan ia boleh dilihat dari ruang angkasa,cool gila=.=




Dipanggil juga Richat Structure,benda ni mula-mula ingatkan meteorite impact.
Tapi sekarang geologist percaya ia terbentuk hasil uplift dan hakisan.
Penyebab dia ada bentuk bulat tu masih lagi misteri sampai sekarang..




TO BE CONTINUED..







Monday, November 15, 2010

TOP 5 MOST WANTED AMBITION BUDAK TADIKA!!

Dulu time kat sekolah tadika KEMAS,cikgu aku suruh kitorang tulis cita-cita..
Then lekat kat dinding..
Aku taknak kalah time tu,aku letak yang dahsyat-dahsyat..
Doktor kalau tak silap..
HahahaXD






Aku pun ada usha jugak budak lain punya cita-cita..
Kalau tak silap,nilah hasilnya..






TOP 5 MOST WANTED AMBITION BUDAK TADIKA




1.DOKTOR
Oh,yang ni aku rasa lebih 50% orang pernah mempunyai cita-cita ni..
Pengaruh masyarakat mungkin..


Sampai sekarang pun mak aku masih ungkit asal tak jadi doktor ni=.=
Tapi kalau luka kena toothpick pun aku dah jerit-jerit mintak tolong,lupakanlah..






2.CIKGU
Yang ni aku pernah tulis dalam buku rekod sekolah rendah dekat ruangan cita-cita..
Haha..


Sebab ada orang bagitau aku cuti paling panjang adalah cikgu..
Selepas penganggurla..






3.POLIS
Alamak,yang ni pun aku pernah jadikan cita-cita jugak dulu>.<


Sebabnya time tu musim main pistol kertas buatan sendiri..
So ingatkan boleh je tembak orang yang aku tak suka sesuka-suki aku bila dah besar nanti..


Bengbeng..
Tak aci!!
Ko dah mati do!!


*Siap remind kawan yang dia dah mati sebab kena tembak invisible bullet..
Oh,nostalgia giler.






4.BOMBA
Mungkin sebab aku duduk kat kampung,kecik je..
So kalau ada rumah terbakar,memang satu kampung akan menonton kehebatan bomba menyelamatkan keadaan..
So macam cool dan berwibawa je pekerjaan ni..






5.ULTRAMAN?
Yang ni serius aku tak tahu nak cakap apa..
Dulu aku siap tabik spring lagi dekat budak-budak tulis ni sebagai cita-cita dorang..
Tak payah tahu kenapa=.='






haaaha,berani dekat..fire kang..






*Mungkin ranking sekarang dah berubah..
Yang di atas tu zaman aku dulu,tahun 1995-1996..
Dan aku sure angkasawan punya ranking naik mendadak zaman ni..






Biarlah pekerjaan apa sekalipun yang orang tu buat(yang legal je ok,pusher tak kira)
Semuanya mulia do..
Trylah kalau takda orang bersihkan sistem kumbahan,takke melimpah-ruah ke ladang gandum hasil berakan kita..




Dan katakanlah:Bekerjalah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakanNya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan
SURAH AT-TAUBAH,AYAT 105





Thursday, November 4, 2010

SELAMAT MALAM SYAZWAN ASYRAF='(


Innalilahi wa inna ilaihi rajiun..
Daripada Allah kita datang dan kepada Allah kita akan kembali..




4.00pm,4 NOVEMBER 2010


U're right Hasnor,he's got one of the best smiles:)



A very good friend to anyone..And how i wish to have a brother just like u:(


Doa kami akan sentiasa buatmu Syazwan..
Mungkin kita tak berpeluang untuk bertegur sapa di dunia ini..
InsyaAllah,ingin benar kiranya peluang itu diberikan di sana nanti..




Selamat malam..
Tidurlah sahabatku..
Al-fatihah..

Tuesday, November 2, 2010

SYMPTOM-SYMPTOM ORANG BERGADUH DI ALAM MAYA!!!

Bukak TV..
Tengok cerita Real Housewives of New Jersey..
Orang gaduh dalam tu..




Bukak Facebook..
Baca status orang..
Baca komen kat bawah..
Orang gaduh..




Tengok gambar orang kat Facebook..
Tengok komen..
Orang gaduh..




Bukak Youtube..
Baca komen bawah..
Orang gaduh..




Bukak blog orang..
Tengok komen bawah..
Orang gaduh..




Nasib baik ada peti sejuk untuk dibukak..
Kalau ada orang gaduh jugak dalam tu..
Aku buat sambal tumis je peti sejuk berkenaan=.='




sapa ambik coki-coki aku dalam freezer hah??




Symptom-symptom orang bergaduh di alam maya


1.Hey Lahanat ulat gonggok bulat-bulat!!


Oy Hantu jerangkong bodoh otak lembap tak pergi sekolah!!




Fuh-fuh..
Relax brader..Panas nampak..
Nah air Zamzam bagi sejuk sikit ya..


Makhoy,keluar segala jenis sumpahan puaka bang oi..
Mula-mula tadi boleh lagi HaHaHaHa nak bajet cool..
Sekali nak,hambek kau..






2.KO PAHAL DO??TAK PAHAM-PAHAM LAGIKE??NAK AKU ULANG BERAPA JUTA KALI DO??


Oh,ni kira macam emphasizelah..


Dia punya laptopke,iphoneke,Blackberryke,Nokiake,Cokiake..
Semua akan automaticly activate CAPS LOCK..
Sebab dia boleh detect stress dari saraf tunjang si pengguna mungkin..






3.Ini best sebab aku pernah kena dulu..
Bila orang komen menyimpang dari tajuk perbualan..
Siap fire macamni lagi..


Awek ko tu sexy baba apa kes..Dahtu ko nak nasihat kitorang pulak


Padahal tajuk post pakwe aku kat blog NASIK PAPRIKKU YANG PEDAS=.=(oh,tajuk adalah rekaan semata-mata)


Takke aku pun tumpang berasap..
Tapi takpa,aku maafkan kau =)
*Seram syial senyum aku tu.hahaha






4.Ada jugak yang siap maki fizikal wo..
Aku kadang-kadang terlepas jugak,tipulah takda=p


Hekeley,kau muka macam karipap,senyap sudah!!


Takyah kutuk hidung aku macam bawanglah,kau tu gigi mancung apa kes???


Sampai hati..
sobsobT_T
Kita ngadu kat Tuhan kita nanti wo..
Dosa tau kutuk-kutuk ciptaan Allah..






5.Aku rasa yang paling kritikal bila ada temujanji..


Kaukan tak puashati tadi??


Esok!!Midvalley!!pukul 2 petang!!depan MPH!!
Kita one by one..


Padahal gaduh pasal favourite colour je pun=.=






Orang yang tidak suka menghormati orang lain, adalah orang-orang tidak terhormat.Orang yang dihinakan itu belum tentu dia akan hina atau tidak, tetapi perbuatan menghinakan orang itu sudah menjadi bukti atas kehinaan diri kita sendiri-Hamka






Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa,


(iaitu) orang yang berinfak,baik di waktu lapang mahupun sempit,dan ORANG-ORANG YANG MENAHAN AMARAHNYA DAN MEMAAFKAN (KESALAHAN) ORANG LAIN.Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan


SURAH ALI 'IMRAN,AYAT 133-134